Rancangan Briggs dilancarkan oleh Sir
Henry Gurney di
Persekutuan Tanah Melayu pada pertengahan tahun
1950. Pengarah operasi yang bertanggungjawab ialah Leftenan Jeneral Sir
Harold Rowdon Briggs.
[1]Rancangan Briggs merupakan tindakan oleh kerajaan jajahan
British untuk menyekat bekalan makanan serta ubat-ubatan daripada berjaya sampai ke tangan
Parti Komunis Malaya yang pada masa itu berniat menguasai Persekutuan.Antara tindakan yang dijalankan ialah dengan memindahkan
penduduk Cina dari kawasan-kawasan terpencil yang bertaburan dan menempatkan mereka di kawasan penempatan semula atau di
Kampung Baru. Rancangan itu merangkumi pemindahaan penduduk Cina dari kawasan-kawasan terpencil yang bertaburan dan menempatkan mereka di
Kampung Baru seperti di
Jinjang supaya tidak diugut oleh Min Yuen untuk memberi maklumat dan bekalan makanan serta ubat-ubatan. Tujuannya semata-mata untuk melumpuhkan kegiatan
Min Yuen. Kampung-kampung baru ini dipagar dengan kawat berduri serta dikawal oleh pasukan keselamatan. Penduduk Kampung Baru diberi banyak kemudahan seperti
pendidikan,
perkhidmatan kesihatan, tempat tinggal serta bekalan
elektrik dan
air paip.Jumlah penduduk yang terbabit dalam rancangan ini adalah seramai 470,509 orang yang ditempatkan di 440 buah kampung baru. Persatuan Cina Malaya (MCA) yang ditubuhkan pada tahun
1949 banyak membantu usaha kerajaan menempatkan semula orang Cina.Program kedua dalam rancangan ini ialah
Gerakan Kelaparan.